Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan widget Kalendar dalam Pusat Pemberitahuan pada Mac
Anda boleh menambah widget Kalendar ke Pusat Pemberitahuan pada Mac anda untuk menjejak peristiwa dan mesyuarat akan datang, terus daripada desktop.
Untuk mendapatkan ringkasan peristiwa akan datang anda, pilih daripada widget Seterusnya yang tersedia dalam tiga saiz berbeza atau widget Senarai. Klik peristiwa akan datang untuk melihat butiran lanjut dalam app Kalendar.
Tambah widget Bulan untuk menjejak hari dalam bulan sekilas pandang.
Lihat Tambah dan sesuaikan widget.
Petua: Anda boleh menambah lebih daripada satu widget Kalendar dalam Pusat Pemberitahuan, termasuk berbilang widget Seterusnya dengan saiz berlainan.