Kongsi kalendar CalDAV individu pada Mac
Anda boleh berkongsi kalendar individu dihoskan dalam CalDAV dengan orang lain yang mempunyai akaun pada pelayan kalendar yang sama. Anda boleh memilih sama ada orang lain boleh mengedit kalendar dikongsi atau hanya melihatnya.
Jika anda ingin benarkan orang lain melihat dan mengedit semua kalendar CalDAV dan Exchange, anda boleh kongsi akaun anda.
Kongsi kalendar
Dalam app Kalendar pada Mac anda, letakkan penuding ke atas nama kalendar dalam senarai kalendar, kemudian klik butang Kongsi Kalendar .
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Klik Kongsi Dengan, kemudian masukkan nama atau alamat e-mel kenalan atau kumpulan yang anda mahu jemput untuk berkongsi kalendar anda.
Jika anda tidak melihat Kongsi Dengan, klik di bawah nama terakhir atau alamat e-mel di dalam senarai Dikongsi Dengan. Jika anda melihat senarai Dikongsi Oleh [nama] dan bukannya senarai Dikongsi Dengan, hanya orang dinamakan boleh menambah orang.
Untuk menghalang seseorang dari melakukan perubahan pada kalendar dikongsi anda, Control-klik nama atau alamat e-mel orang tersebut dalam senarai Dikongsi Dengan, kemudian pilih Lihat Sahaja.
Klik Selesai.
Kenalan yang anda tambah dalam senarai Dikongsi Dengan akan dihantar jemputan (pemberitahuan dan e-mel) untuk menyertai kalendar dikongsi.
Hantar semula jemputan kalendar yang dikongsi
Dalam app Kalendar pada Mac anda, letakkan penuding di atas nama kalendar dalam senarai kalendar, kemudian klik butang Kongsi Kalendar .
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Control-klik nama seseorang, kemudian pilih Jemput Semula.
Berhenti berkongsi kalendar
Dalam app Kalendar pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Henti berkongsi kalendar anda dengan orang tertentu: Letakkan penuding ke atas nama kalendar dalam senarai kalendar, kemudian klik butang Kongsi Kalendar . Klik nama seseorang, kemudian tekan Delete.
Henti berkongsi kalendar anda dengan semua orang: Control-klik kalendar dalam senarai kalendar, kemudian pilih Henti Berkongsi.
Berhenti melanggan kalendar orang lain: Control-klik kalendar dalam senarai kalendar, kemudian pilih Nyahlanggan.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.