Tunjukkan atau sembunyikan kalendar Hari Cuti pada Mac
Kalendar Hari Cuti memaparkan hari cuti berdasarkan pada rantau komputer anda.
Nota: Kalendar Hari Cuti ialah kalendar langganan. Anda tidak boleh menambah atau memadam hari cuti dalam kalendar Hari Cuti, kerana kalendar langganan boleh diubah suai oleh penyedia kalendar sahaja.
Tunjukkan atau sembunyikan hari cuti
Dalam app Kalendar pada Mac anda, pilih Kalendar > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilih atau nyahpilih “Tunjukkan kalendar Hari Cuti.”
Lihat kalendar Hari Cuti untuk rantau berbeza
Anda boleh menukar seting komputer anda untuk menunjukkan hari cuti bagi negara atau rantau berbeza.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bahasa & Rantau , kemudian pilih rantau anda.
Dalam app Kalendar pada Mac anda, pilih Kalendar > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Nyahpilih “Tunjukkan kalendar Hari Cuti,” kemudian pilihnya lagi.