
Tukar seting dalam Buku pada Mac
Dalam app Buku  pada Mac anda, gunakan seting untuk mengesetkan pilihan lalai bagi menggunakan Buku.
 pada Mac anda, gunakan seting untuk mengesetkan pilihan lalai bagi menggunakan Buku.
Untuk menukar seting ini, pilih Buku > Seting, kemudian klik Umum, Membaca, Main Balik, atau Lanjutan.
Seting Umum
| Pilihan | Perihalan | 
|---|---|
| Muat turun pembelian baharu secara automatik | Muat turun pembelian baharu yang dibuat pada peranti lain secara automatik. Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama dalam Apple Books pada semua peranti anda. | 
| Laman Utama | Selaraskan maklumat tentang buku atau buku audio yang anda sedang baca merentas peranti Apple anda. | 
| Koleksi, penanda buku dan serlahan | Selaraskan maklumat koleksi, penanda buku, serlahan dan buku terbaharu merentas peranti Apple anda. | 
| Dayakan Matlamat Membaca | Lihat masa yang diluangkan untuk membaca dan pencapaian lain. | 
| Kosongkan Data Matlamat Membaca | Kosongkan data tentang masa yang anda luangkan bagi membaca dan pencapaian berterusan membaca. | 
Seting Membaca
| Pilihan | Perihalan | 
|---|---|
| Tanda Sempang Auto | Masukkan tanda sempang secara automatik bagi perkataan yang terlalu panjang untuk dimuatkan dalam satu baris. Apabila pilihan ini tidak dipilih, terdapat ruang yang banyak di antara perkataan. | 
| Lanjutkan ke 10 minit semasa membaca | Lanjutkan masa sebelum paparan tidur selama 10 minit semasa membaca. | 
Seting Main Balik
| Pilihan | Perihalan | 
|---|---|
| Langkau ke Depan | Pilih bilangan saat untuk dilangkau ke depan apabila anda mengklik butang langkau. | 
| Langkau ke Belakang | Pilih bilangan saat untuk dilangkau ke belakang apabila anda mengklik butang langkau. | 
| Kawalan Fon Kepala | Pilih perkara yang berlaku apabila anda menggunakan kawalan fon kepala (sebagai contoh, dwiketik salah satu AirPods anda). 
 | 
Seting lanjutan
| Pilihan | Perihalan | 
|---|---|
| Sertakan hasil kedai semasa mencari | Sertakan hasil daripada Kedai Buku dan Buku Audio semasa mencari. | 
| Reset Akses kepada Kandungan Dalam Talian | Kosongkan keizinan untuk buku mengakses kandungan penerbit daripada Internet. | 
| Reset Pengecam | Reset pengecam yang digunakan untuk melaporkan statistik penggunaan app agregat kepada Apple. |