
Dengar buku audio dalam Buku pada Mac
Anda boleh mendengar buku audio pada Mac anda. Anda juga boleh mendengar buku audio yang telah anda beli pada peranti lain apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Nota: Untuk menyelaraskan kemajuan anda dalam buku audio merentas semua peranti Apple anda yang mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama, anda perlu menyediakan iCloud. Lihat Gunakan iCloud untuk membaca dan mendengar pada semua peranti anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mendengar buku audio pada iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch atau Apple Vision Pro anda, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Pergi ke app Buku
pada Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Lihat semua buku audio anda: Klik Buku Audio di bawah Pustaka dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku audio yang anda mahu dengar.
Lihat buku audio yang anda sedang dengar: Klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian klik buku audio. Buku audio yang sedang anda dengar kelihatan dalam bahagian Teruskan.
Apabila anda mula mendengar, pemain buku audio kelihatan di bahagian bawah tetingkap.
Untuk mengawal main balik, lakukan mana-mana daripada berikut:
Langkau ke depan atau ke belakang: Klik
atau
. Anda boleh mengesetkan bilangan saat untuk melangkau ke depan atau belakang dalam seting Main Balik Buku.
Pergi terus ke bab tertentu: Klik
, kemudian pilih bab.
Setkan pemasa tidur: Pilih Kawalan > Pemasa Tidur, kemudian pilih masa anda mahu buku audio berhenti dimainkan.
Tukar kelajuan suara pertuturan: Pilih Kawalan > Kelajuan Main Balik, kemudian pilih kelajuan. Kelajuan paling cepat ialah 2x dan paling lambat ialah 0.75x.
Kawal main balik di luar tetingkap Buku: Klik
dalam bar menu, kemudian klik pilihan.
Nota: Jika butang Kini Dimainkan
tidak ditunjukkan, anda mungkin perlu menukar pilihan dalam Seting Sistem. Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Bar Menudalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik menu timbul bersebelahan Kini Dimainkan, kemudian pilih Sentiasa Tunjukkan dalam Bar Menu atau Tunjukkan Apabila Aktif.
Lihat PDF tambahan untuk buku audio: Sesetengah buku audio menyertakan PDF tambahan. Untuk mencari PDF, klik
, kemudian klik Lihat Kandungan PDF.