
Serlahkan dan tambah nota dalam Buku pada Mac
Mudah sahaja untuk menyerlahkan teks atau tambah nota apabila anda membaca buku yang menyokong ciri tersebut. Anda boleh melihat semua serlahan dan nota anda pada bila-bila masa dan menggunakannya sebagai kad belajar (atau imbas).
Nota: Penyerlahan dan nota mungkin tidak tersedia untuk semua jenis buku.
Tambah serlahan atau nota ke buku
Pergi ke app Buku
pada Mac anda.
Klik Buku (atau koleksi lain) di bawah Pustaka dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Pilih teks yang anda mahu serlahkan atau anotasi.
Control-klik teks dipilih, kemudian pilih warna, garis bawah atau Tambah Nota.
Untuk menukar warna serlahan atau mengeluarkan serlahan atau nota, Control-klik teks, kemudian pilih pilihan.
Lihat semua serlahan dan nota dalam buku
Pergi ke app Buku
pada Mac anda.
Klik Buku (atau koleksi lain) di bawah Pustaka dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Gerakkan penuding ke bahagian atas halaman, kemudian klik
dalam bar alat.
Klik serlahan atau nota untuk pergi ke halaman tersebut.
Edit atau padamkan serlahan atau nota
Pergi ke app Buku
pada Mac anda.
Klik Buku (atau koleksi lain) di bawah Pustaka dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Pilih teks yang diserlahkan atau dianotasi.
Control-klik teks dipilih, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Keluarkan serlahan atau nota: Pilih Keluarkan.
Jika anda mengeluarkan nota, pilih sama ada anda mahu mengeluarkan nota atau mengeluarkan serlahan dan nota.
Edit nota: Pilih Edit Nota, buat perubahan anda, kemudian klik Ok.