Serlahkan dan tambah nota dalam Buku pada Mac
Mudah sahaja untuk menyerlahkan teks atau tambah nota apabila anda membaca buku yang menyokong ciri tersebut. Anda boleh melihat semua serlahan dan nota anda pada bila-bila masa dan menggunakannya sebagai kad belajar (atau imbas).
Nota: Penyerlahan dan nota mungkin tidak tersedia untuk semua jenis buku.
Tambah serlahan atau nota ke buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Pilih dan Control-klik teks yang anda mahu serlahkan atau anotasi.
Dalam menu timbul, pilih warna, garis bawah, atau Tambah Nota.
Untuk menukar warna serlahan atau mengeluarkan serlahan atau nota, Control-klik teks, kemudian pilih pilihan.
Lihat semua serlahan dan nota dalam buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Gerakkan penuding ke bahagian atas halaman, kemudian klik butang Nota dan Serlahan dalam bar alat.
Klik serlahan atau nota untuk pergi ke halaman tersebut.
Untuk memadam serlahan atau nota, pilih dan Control-klik teks, kemudian pilih Keluarkan Nota, Keluarkan Serlahan, atau Keluarkan Nota & Serlahan.