Daftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dalam Buku pada Mac
Daftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio menggunakan Apple ID anda untuk membeli buku dan buku audio, memuat turun item yang anda beli pada peranti lain dan memuat turun kemas kini buku dan buku audio.
Mendaftar masuk ke kedai memberikan anda akses kepada kedua-duanya.
Nota: Kedai Buku dan Kedai Buku Audio tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik “Daftar masuk” di penjuru kiri bawah.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh cipta satu. Lihat artikel Sokongan Apple Cara mencipta Apple ID baharu.
Masukkan maklumat Apple ID anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Untuk melihat buku dan buku audio yang anda beli pada peranti lain anda, daftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti. Anda mungkin perlu membenarkan komputer anda.
Petua: Untuk menyemak Apple ID yang anda gunakan, atau untuk melihat seting akaun anda, pilih Akaun > Lihat Akaun Saya.
Untuk mendaftar keluar daripada Kedai Buku dan Kedai Buku Audio, pilih Akaun > Daftar Keluar.