Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Daftar masuk ke Kedai Buku pada Mac
Daftar masuk ke Kedai Buku menggunakan Apple ID anda untuk membeli buku, memuat turun buku yang anda beli pada peranti lain, atau memuat turun kemas kini buku.
Dalam app Buku pada Mac anda, pilih Kedai > Daftar Masuk.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID, klik Cipta Apple ID dalam dialog untuk bermula.
Masukkan maklumat Apple ID anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Untuk melihat buku yang anda beli pada peranti lain, gunakan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan pada peranti lain anda. Anda mungkin perlu membenarkan komputer anda.
Petua: Untuk menyemak Apple ID yang anda gunakan, atau untuk melihat seting akaun anda, pilih Kedai > Lihat Apple ID Saya.
Untuk mendaftar keluar daripada Kedai Buku, pilih Kedai > Daftar Keluar.