Lihat buku anda pada semua peranti anda dalam Buku
Dengan iCloud, buku PDF, koleksi, serlahan, nota dan penanda buku anda muncul secara automatik dalam Buku pada Mac anda dan peranti iOS anda apabila anda mendaftar masuk di semua tempat menggunakan Apple ID yang sama. Kemudian anda boleh memuat turun buku dengan mudah untuk membaca dan menikmatinya.
Lihat buku dan PDF yang anda tambah ke Buku
Pada Mac anda: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud. Di sebelah iCloud Drive (pastikan ianya dipilih), klik Pilihan, kemudian pilih Buku.
Pada peranti iOS anda: Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud (atau Seting > iCloud), aktifkan iCloud Drive, kemudian aktifkan Buku. Seterusnya pergi ke Seting > Buku, kemudian aktifkan iCloud Drive.
Lihat koleksi, penanda buku dan serlahan dan nota
Dalam app Buku pada Mac anda, pilih Buku > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih “Selaraskan koleksi, penanda buku dan serlahan merentas peranti”.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Bersebelahan iCloud Drive (pastikan ia dipilih), klik Pilihan dan pastikan Buku dipilih.
Untuk melihat buku audio yang anda beli pada peranti lain, lihat maklumat akaun anda dalam Buku pada peranti, kemudian muat turun buku audio.
Anda boleh sembunyikan buku yang anda beli daripada Kedai Buku yang anda tidak mahu lihat pada peranti anda. Buku tersembunyi tidak akan muncul dalam pustaka anda atau dalam iCloud. Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga anda tidak dapat melihat atau muat turun buku tersembunyi.