Lihat buku dan buku audio anda pada semua peranti anda dalam Buku pada Mac
Dengan iCloud, buku, buku audio, PDF, koleksi, serlahan, nota dan penanda buku anda muncul secara automatik dalam Buku pada Mac anda dan peranti iOS dan iPadOS anda apabila anda mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama. Kemudian anda boleh memuat turun buku dan buku audio dengan mudah untuk membaca atau mendengar di mana-mana sahaja anda pergi.
Lihat buku, buku audio dan PDF yang anda tambah ke Buku
Pada Mac anda: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian klik iCloud. Di sebelah iCloud Drive (pastikan ianya dipilih), klik Pilihan, kemudian pilih Buku.
Pada peranti iOS atau iPadOS anda: Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud (atau Seting > iCloud), aktifkan iCloud Drive, kemudian aktifkan Buku. Seterusnya, pergi ke Seting > Buku, kemudian aktifkan iCloud Drive.
Lihat koleksi, penanda buku dan serlahan dan nota
Dalam app Buku pada Mac anda, pilih Buku > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih “Selaraskan koleksi, penanda buku dan serlahan merentas peranti”.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian klik iCloud. Di sebelah iCloud Drive (pastikan ianya dipilih), klik Pilihan, kemudian pilih Buku.
Untuk melihat buku atau buku audio yang anda beli pada peranti lain, lihat maklumat akaun anda dalam Buku pada peranti, kemudian muat turun item.
Anda boleh menyembunyikan buku dan buku audio yang anda beli daripada Kedai Buku yang anda tidak mahu lihat pada peranti anda. Item tersembunyi tidak akan muncul dalam pustaka anda atau dalam iCloud. Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga anda tidak dapat melihat atau muat turun buku atau buku audio tersembunyi.