![](https://help.apple.com/assets/61E87E2D27D95B2B942D4BD9/61E87E2E27D95B2B942D4BE0/ms_MY/94b5a3886b33ec6f8b7ad7efd07b56ae.png)
Lihat buku dan buku audio anda pada semua peranti anda dengan Buku pada Mac
Dengan iCloud, buku, buku audio, PDF, koleksi, serlahan, nota dan penanda buku anda muncul secara automatik dalam Buku pada Mac, iPhone, iPad dan iPod touch anda apabila anda mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama. Jika anda membeli buku atau buku audio pada peranti lain, anda boleh memuat turunnya dengan mudah pada Mac anda.
Dengan Bluetooth, buku audio anda muncul secara automatik dalam app Buku Audio pada Apple Watch dan CarPlay anda, supaya anda boleh mendengar semasa di luar.
Lihat buku, buku audio dan PDF yang anda tambah ke Buku
Pada Mac anda: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi (jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk ke Mac anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta Apple ID). Di sebelah kanan, klik iCloud, klik Pilihan bersebelahan iCloud Drive (pastikan ia diaktifkan), kemudian pilih Buku.Pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda: Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud (atau Seting > iCloud), aktifkan iCloud Drive, kemudian skrol ke bawah dan aktifkan Buku.
Lihat buku yang anda sedang baca, koleksi, penanda buku dan banyak lagi
Dalam app Buku
pada Mac anda, pilih Buku > Seting, kemudian klik Umum.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Pilih Sedang Dibaca untuk melihat buku atau buku audio yang anda sedang baca merentas peranti Apple anda.
Pilih “Koleksi, penanda buku dan serlahan” untuk melihat info koleksi, penanda buku, serlahan dan buku terbaharu merentas peranti Apple anda.
Dengar buku audio di luar
Pada Apple Watch anda: Secara lalai, sehingga dua buku audio daripada koleksi Sedang Dibaca atau Ingin Baca anda diselaraskan ke Apple Watch anda. Anda juga boleh menyelaraskan buku audio ke Apple Watch anda secara manual. Lihat Tambah buku audio ke Apple Watch dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Dengan CarPlay: Anda boleh mendengar buku audio semasa anda memandu. Lihat Mainkan buku audil dengan CarPlay dalam Panduan Pengguna iPhone.
Kemas kini dan pindahkan item antara peranti secara manual
Anda juga boleh menggunakan kabel untuk mengemas kini dan memindahkan item antara Mac anda dan iPhone, iPad, atau iPod touch. Lihat Pengenalan kepada penyelarasan Mac anda dan peranti anda.
Anda boleh menyembunyikan buku dan buku audio yang anda beli daripada Kedai Buku yang anda tidak mahu lihat pada peranti anda. Item tersembunyi tidak akan muncul dalam pustaka anda atau dalam iCloud. Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga anda tidak dapat melihat atau muat turun buku atau buku audio tersembunyi.