![](https://help.apple.com/assets/61E87E2D27D95B2B942D4BD9/61E87E2E27D95B2B942D4BE0/ms_MY/94b5a3886b33ec6f8b7ad7efd07b56ae.png)
Kongsi maklumat buku atau buku audio dalam Buku pada Mac
Kongsi maklumat tentang buku atau buku audio dengan orang lain, kongsi kata-kata kegemaran anda dengan rakan atau kongsi nota anda dengan rakan sekelas.
Kongsi maklumat buku atau buku audio
Dalam app Buku
pada Mac anda, klik Semua(atau koleksi lain) dalam bar sisi, kemudian klik buku atau buku audio.
Klik
, kemudian pilih Mail, Mesej, atau app atau perkhidmatan lain.
Lihat maklumat buku atau buku audio dikongsi
Apabila seseorang berkongsi maklumat buku atau buku audio dengan anda menggunakan app Mesej , anda boleh mencarinya dalam Dikongsi dengan Anda dalam bar sisi Buku. (Buku mesti dipilih dalam seting Dikongsi dengan Anda dalam Mesej.)
![Skrin menunjukkan buku dalam bahagian Dikongsi dengan Anda.](https://help.apple.com/assets/61E87E2D27D95B2B942D4BD9/61E87E2E27D95B2B942D4BE0/ms_MY/f10945597dd2cd7f9935c887159fe469.png)
Dalam app Buku
pada Mac anda, klik Sedang Dibaca dalam bar sisi, kemudian skrol ke bawah ke Dikongsi dengan Anda. Lihat Jejak kandungan dikongsi dalam Mesej.
Untuk mengetahui cara berkongsi kandungan yang dibeli dalam Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dengan ahli keluarga, lihat Sediakan Perkongsian Keluarga dan Muat turun buku atau buku audio dibeli dan dikemas kini.
Kongsi petikan buku
Dalam app Buku
pada Mac anda, klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Pada halaman, pilih teks yang anda mahu petik.
Petikan boleh termasuk sehingga 200 perkataan. Perkongsian tersedia hanya di Amerika Syarikat.
Control-klik teks, pilih Kongsi, kemudian pilih Mail, Mesej, Nota, atau app atau perkhidmatan lain.
Kongsi nota buku
Dalam app Buku
pada Mac anda, klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi.
Dwiklik buku yang mengandungi nota.
Gerakkan penuding ke bahagian atas buku, kemudian klik butang Nota dan Serlahan
dalam bar alat.
Dalam panel Nota, Control-klik nota, pilih Kongsi, kemudian pilih Mail, Mesej, atau Nota.
Untuk mengetahui cara menggunakan Perkongsian Keluarga bagi berkongsi kandungan yang dibeli dalam Kedai Buku atau Kedai Buku Audio, lihat Muat turun buku atau buku audio dibeli dan dikemas kini.