Kongsi petikan, nota dan banyak lagi dalam Buku pada Mac
Kongsi petikan kegemaran anda dengan rakan, kongsi nota anda dengan rakan sekelas atau kongsi maklumat tentang buku dengan orang lain.
Kongsi petikan buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi, kemudian dwiklik buku.
Pada halaman, pilih teks yang anda mahu petik.
Petikan boleh termasuk sehingga 200 perkataan. Perkongsian tersedia hanya di Amerika Syarikat.
Control-klik teks, pilih Kongsi, kemudian pilih Mail, Mesej, Nota, atau app atau perkhidmatan lain.
Kongsi nota buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku (atau koleksi lain) dalam bar sisi.
Dwiklik buku yang mengandungi nota.
Gerakkan penuding ke bahagian atas buku, kemudian klik butang Nota dan Serlahan dalam bar alat.
Dalam panel Nota, Control-klik nota, pilih Kongsi, kemudian pilih Mail, Mesej, atau Nota.
Kongsi maklumat buku atau buku audio
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Semua(atau koleksi lain) dalam bar sisi, kemudian klik buku atau buku audio.
Klik , pilih Kongsi, kemudian pilih Mail, Mesej, atau app atau perkhidmatan lain.