Urus pemberitahuan
Anda boleh memilih sama ada untuk menerima pemberitahuan untuk pengesyoran buku, kemas kini Kelab Buku dan matlamat membaca.
Terima atau henti pemberitahuan
Dalam app Buku pada Mac anda, pilih Akaun > Lihat Akaun Saya, kemudian klik Pemberitahuan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Terima pemberitahuan untuk kategori: Pilih kotak semak untuk kategori. Jika kotak semak dimalapkan, klik Benarkan Pemberitahuan pada Mac Ini, kemudian aktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Hentikan pemberitahuan: Nyahpilih kotak semak untuk kategori.
Tutup tetingkap Pemberitahuan.
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Pilih Buku di sebelah kanan, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk diterima atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik butang Bantuan di penjuru kanan bawah.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Buku: Nyahaktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada Buku apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.