Tukar seting dalam Buku pada Mac
Dalam app Buku pada Mac anda, gunakan seting untuk mengesetkan pilihan lalai bagi menggunakan Buku.
Untuk menukar seting ini, pilih Buku > Seting, kemudian klik Umum, Membaca, Main Balik, atau Lanjutan.
Seting Umum
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Muat turun pembelian baharu secara automatik | Muat turun pembelian baharu yang dibuat pada peranti lain secara automatik. Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama dalam Apple Books pada semua peranti anda. |
Laman Utama | Selaraskan maklumat tentang buku atau buku audio yang anda sedang baca merentas peranti Apple anda. |
Koleksi, penanda buku dan serlahan | Selaraskan maklumat koleksi, penanda buku, serlahan dan buku terbaharu merentas peranti Apple anda. |
Dayakan Matlamat Membaca | Lihat masa yang diluangkan untuk membaca dan pencapaian lain. |
Kosongkan Data Matlamat Membaca | Kosongkan data tentang masa yang anda luangkan bagi membaca dan pencapaian berterusan membaca. |
Seting Membaca
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tanda Sempang Auto | Masukkan tanda sempang secara automatik bagi perkataan yang terlalu panjang untuk dimuatkan dalam satu baris. Apabila pilihan ini tidak dipilih, terdapat ruang yang banyak di antara perkataan. |
Lanjutkan ke 10 minit semasa membaca | Lanjutkan masa sebelum paparan tidur selama 10 minit semasa membaca. |
Seting Main Balik
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Langkau ke Depan | Pilih bilangan saat untuk dilangkau ke depan apabila anda mengklik butang langkau. |
Langkau ke Belakang | Pilih bilangan saat untuk dilangkau ke belakang apabila anda mengklik butang langkau. |
Kawalan Fon Kepala | Pilih perkara yang berlaku apabila anda menggunakan kawalan fon kepala (sebagai contoh, dwiketik salah satu AirPods anda).
|
Seting lanjutan
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Sertakan hasil kedai semasa mencari | Sertakan hasil daripada Kedai Buku dan Buku Audio semasa mencari. |
Reset Akses kepada Kandungan Dalam Talian | Kosongkan keizinan untuk buku mengakses kandungan penerbit daripada Internet. |
Reset Pengecam | Reset pengecam yang digunakan untuk melaporkan statistik penggunaan app agregat kepada Apple. |