Terdapat beberapa cara untuk mencari nombor siri Beats anda:
Pakai Beats anda dan pastikan ia disambungkan ke iPhone, iPad atau Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama Beats anda berdekatan bahagian atas skrin.
Mac: Pilih menu Apple
Untuk Beats Fit Pro, Powerbeats Pro 2, Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, nombor siri yang dipaparkan adalah khusus kepada bekas pengecasan. Ketik nombor siri untuk memaparkan nombor siri khusus kepada bud telinga kiri; ketik lagi untuk memaparkan nombor siri khusus kepada bud telinga kanan.
Sebelum anda bermula, pastikan anda telah menambah peranti anda ke app Beats untuk Android.
Pakai Beats anda, kemudian pastikan ia disambungkan ke peranti Android anda.
Pergi ke app Beats
Untuk Beats Fit Pro, Powerbeats Pro 2, Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, nombor siri yang dipaparkan adalah khusus kepada bekas pengecasan. Ketik nombor siri untuk memaparkan nombor siri khusus kepada bud telinga kiri; ketik lagi untuk memaparkan nombor siri khusus kepada bud telinga kanan.
Petua: Nombor siri dan maklumat bercetak lain pada Beats sangat kecil. Anda boleh menggunakan iPhone anda seperti kanta pembesar untuk mengezum masuk pada teks. Lihat Gunakan iPhone seperti kanta pembesar dalam Panduan Pengguna iPhone.
Beats Fit Pro atau Powerbeats Pro 2: Cari nombor siri di bahagian dalam bekas pengecasan.
Beats Flex: Cari nombor siri padamodul kawalan kanan.
Beats Pill: Cari nombor siri di bahagian bawah speaker anda.
Beats Solo 4 atau Beats Studio Pro: Kembangkan cekak kepala anda dan cari nombor siri pada gelangsar di atas penutup telinga kanan.
Beats Solo Buds: Cari nombor siri di bahagian dalam bekas pengecasan. Jika anda mempunyai bekas lut sinar, cari nombor siri di bahagian bawah bekas.
Beats Studio Buds +: Cari nombor siri di bahagian dalam bekas pengecasan. Jika anda mempunyai bekas lut sinar, cari nombor siri pada belakang bekas.
Pada Beats Fit Pro, Powerbeats Pro 2, Beats Solo Buds atau Beats Studio Buds +, bud telinga kiri dan kanan juga mempunyai nombor siri khusus.
Nota: Anda juga boleh mencari nombor siri Beats anda berdekatan kod bar pada bungkusan asal atau pada resit atau invois produk asal.