Namakan semula fon telinga, fon kepala atau speaker Beats anda
Menggunakan iPhone, iPad, Mac atau peranti Android, mudah sahaja untuk memberi Beats anda nama yang mencerminkan gaya anda. Apabila anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama pada berbilang peranti, nama baharu dikemas kini merentas peranti Apple anda.
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama Beats anda berdekatan bahagian atas skrin. Ketik nama semasa, masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama Beats anda dalam bar sisi, kemudian masukkan nama baharu.
Anda boleh memberi Beats anda nama tersuai atau membiarkan app Beats mencadangkan beberapa nama peranti yang menarik.
Pergi ke app Beats. (Jika skrin peranti Beats anda tidak kelihatan, ketik , kemudian ketik Beats Saya.)
Ketik Nama Semula, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Masukkan nama tersuai: Padam nama semasa, kemudian masukkan nama baharu.
Benarkan app Beats mencadangkan nama: Ketik “Jana Nama”. Teruskan mengetik sehingga anda menjumpai nama yang anda suka.
Selepas anda menetapkan nama yang sesuai untuk peranti Beats anda, ketik Simpan (atau ketik Selesai pada papan kekunci peranti Adroid).
Nota: Nama baharu mungkin belum ditunjukkan dalam seting Bluetooth pada peranti Android anda sehingga anda memasangkan Beats anda dengan peranti lagi.