Tukar seting pada peranti Apple anda untuk memainkan audio mono pada Beats anda
Apabila anda menggunakan Beats disokong dengan iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch, anda boleh menggunakan Audio Mono berbanding bunyi stereo untuk memainkan kandungan yang sama di kedua-dua telinga.
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Audio & Visual, kemudian aktifkan Audio Mono.
Apple Watch: Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian, kemudian aktifkan Audio Mono di bawah Pendengaran.
Mac: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaiandalam bar sisi. Klik Audio, kemudian aktifkan “Mainkan audio stereo sebagai mono”.
Nota: Semasa anda menggunakan Audio Mono, anda tidak boleh menggunakan Audio Ruang dan penjejakan kepala.