Kongsi Beats Pill anda dengan rakan
Gunakan app Beats untuk berkongsi speaker Beats Pill anda dengan rakan, kemudian ambil giliran memainkan trek. Anda boleh berkongsi Beats Pill dengan peranti Android lain atau dengan iPhone atau iPad.
Kongsi audio pada speaker Beats Pill anda dalam app Beats untuk Android
Pastikan Beats Pill anda diaktifkan dan disambungkan ke peranti Android anda.
Pergi ke app Beats
, paparkan skrin peranti Beats Pill, kemudian ketik Kongsi Speaker .Dalam skrin yang kelihatan, ketik Kongsi Speaker.
Bawa peranti Android atau iPhone yang anda mahu tambahkan berdekatan dengan speaker Beats Pill, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda diputuskan sambungan daripada mod Kongsi Speaker, lakukan salah satu daripada berikut:
Peranti Android: Pergi ke app Beats
, kemudian ketik Sambung Semula dalam skrin yang diputuskan sambungan.iPhone: Pergi ke Seting
> Bluetooth, kemudian bersambung semula ke speaker. Anda juga boleh mengetik
dalam app muzik anda (atau pada Skrin Kunci atau dalam Pusat Kawalan) untuk bersambung semula.
Lihat Sambungkan iPhone ke aksesori Bluetooth atau Mainkan audio daripada iPhone pada HomePod dan peranti wayarles lain dalam Panduan Pengguna iPhone.