Sediakan Akses Bantu dengan ciri keluarga untuk iPhone
Jika ahli keluarga anda menggunakan Akses Bantu pada iPhone, anda boleh menambahkan mereka ke kumpulan Perkongsian Keluarga anda supaya anda boleh berkongsi muzik, filem dan banyak lagi dengan mereka.
Untuk mengetahui cara menyediakan dan mengurus kumpulan Perkongsian Keluarga, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.
Anda juga boleh menggunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud untuk berkongsi foto dan video dengan seseorang yang menggunakan Akses Bantu. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud.