Reset Akses Bantu pada iPhone
Jika anda menyediakan Akses Bantu pada iPhone tetapi mahu memulakan semula, anda boleh meresetnya dan memulakan lagi.
Nota: Apabila anda mereset Akses Bantu, kandungan in-app, (seperti mesej, muzik dan foto) tidak dipadamkan dan masih tersedia pada iPhone.
Reset Akses Bantu
Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif.
Pergi ke app Seting
.Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Akses Bantu.
Ketik Reset Akses Bantu, kemudian ketik Reset.