Sediakan Kamera untuk Akses Bantu pada iPhone
Orang yang menggunakan Akses Bantu pada iPhone boleh menangkap gambar, video dan swafoto dalam app Kamera . Anda boleh menambahkan dan menyesuaikan app Kamera apabila anda menyediakan Akses Bantu, atau pada bila-bila masa nanti.
Tambah app Kamera
Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu.
Ketik Urus App, kemudian ketik bersebelahan Kamera.
Aktifkan mod kamera yang anda mahu jadikan tersedia (diterangkan dalam jadual di bawah).
Pilihan Kamera
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Foto | Ambil foto menggunakan kamera belakang. | ||||||||||
Swafoto Foto | Ambil swafoto menggunakan kamera menghadap depan. | ||||||||||
Video | Rakam video menggunakan kamera belakang. | ||||||||||
Swafoto Video | Rakam swafoto video menggunakan kamera menghadap depan. |
Petua: Ringkaskan Kamera dengan mengaktifkan hanya satu mod kamera (seperti Foto atau swafoto Video). Kamera dibuka terus ke mod tersebut apabila app dibuka.
Untuk membenarkan orang yang menggunakan Akses Bantu melihat foto dan video yang ditangkap dalam Akses Bantu, tambahkan app Foto. Lihat Sediakan Foto untuk Akses Bantu.