Tambah, keluarkan dan sesuaikan app untuk Akses Bantu pada iPhone
Dengan Akses Bantu pada iPhone, anda boleh menambahkan app yang direka bentuk khusus untuk Akses Bantu, seperti Panggilan, Kamera, Pembesar, Mesej, Muzik dan Foto. Anda juga boleh menambahkan app iOS lain dalam bentuk asalnya. Anda boleh menambahkan app apabila anda menyediakan Akses Bantu, atau pada bila-bila masa nanti.

Tambah atau keluarkan app untuk Akses Bantu
- Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif. 
- Pergi ke app Seting  . .
- Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Akses Bantu. 
- Ketik Urus App. 
- Lakukan mana-mana daripada berikut: - Tambah app: Ketik  bersebelahan app, kemudian pilih pilihan untuk app. bersebelahan app, kemudian pilih pilihan untuk app.
- Keluarkan app: ketik  bersebelahan app, kemudian ketik Keluarkan. bersebelahan app, kemudian ketik Keluarkan.
- Tukar tertib app pada Skrin Utama: Sentuh dan tahan  bersebelahan app, kemudian alihkannya ke lokasi baharu dalam senarai. bersebelahan app, kemudian alihkannya ke lokasi baharu dalam senarai.
 
Nota: Anda tidak boleh menambahkan App Store ke Akses Bantu. Untuk mendapatkan app baharu daripada App Store, anda perlu keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif. Lihat Dapatkan app dalam App Store dalam Panduan Pengguna iPhone.
Tukar pilihan untuk app dalam Akses Bantu
- Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif. 
- Pergi ke app Seting  . .
- Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Akses Bantu. 
- Ketik nama app. 
- Pilih pilihan untuk app. 
Penting: Sesetengah ciri, seperti keizinan akses app dan maklumat privasi, berfungsi secara berbeza dalam Akses Bantu. Lihat Fahami sesetengah perbezaan dalam Akses Bantu.