Pilih dan beli kandungan dalam Apple School Manager
Anda boleh membeli app dan buku melalui Kedai App dan Buku dalam Apple School Manager. Anda juga boleh membeli App Tersuai dan App Tidak Tersenarai yang disesuaikan dengan keperluan khusus organisasi anda daripada pembangun yang bekerjasama secara langsung dengan anda.
Nota: Anda mesti menyediakan kaedah bayaran sebelum anda boleh mendapatkan lesen app, walaupun ia percuma.
Cari app atau buku
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk membeli kandungan.
Untuk melihat dan mengedit siapa yang boleh membeli kandungan, lihat Keistimewaan peranan.
Ketik App dan Buku dalam bar sisi, kemudian cari app atau buku dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih app atau buku daripada senarai.
Beli lesen
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk membeli kandungan.
Untuk melihat dan mengedit siapa yang boleh membeli kandungan, lihat Keistimewaan peranan.
Pilih app atau buku dalam senarai hasil carian yang anda ingin beli.
Pilih lokasi di mana lesen app atau buku akan ditugaskan pada mulanya.
Masukkan bilangan lesen, dan jika perlu, ubah kaedah bayaran, kemudian ketik Beli.
Ketersediaan lesen app bergantung kepada jumlah yang dibeli. Jika anda membeli:
5,000 lesen atau kurang, ia segera diproses
5,001 hingga 19,999 lesen, ia diproses setiap hari selepas 1:00 p.m., waktu Pasifik
20,000 lesen atau lebih, ia diproses setiap hari selepas 4:00 p.m., waktu Pasifik