Templat Kelas untuk Apple School Manager
Gunakan templat Kelas untuk mengimport kelas. Ia mesti mengandungi nilai course_id setiap kursus.
Anda boleh menugaskan lebih daripada 3 pengajar kepada sebuah kelas dengan menambahkan lebih banyak lajur pengajar kepada templat Kelas. Anda boleh menambah hingga 12 lagi lajur pengajar bernama instructor_id_4, instructor_id_5 dan seterusnya hingga instructor_id_15. Untuk setiap kelas, sebagai pilihan, anda boleh memasukkan seorang person_id lain untuk pengajar. Ini mesti sepadan dengan person_id yang digunakan dalam templat Kakitangan. Jika masukan ini tidak sepadan, proses muat naik akan gagal. Untuk maklumat lanjut, lihat Halaman templat Kakitangan .
Kelas sumber manual terus disegerakkan dengan penyelesaian MDM anda, tetapi mungkin tidak lagi muncul dalam app Classroom. Kelas manual boleh dipadamkan dalam Apple School Manager jika anda ingin mengeluarkannya daripada penyegerakan.
Penting: Jika kelas dikeluarkan daripada muat naik, pelajar dikeluarkan daripada kelas dan sumber bertukar kepada Manual. Jika kursus digunakan dalam Schoolwork, senarai kelas akan dikeluarkan dan kursus baharu mesti dicipta untuk pendaftaran semula. Jika kelas digunakan dalam Schoolwork, data kemajuan dipadamkan secara automatik dan tidak lagi tersedia kepada pengajar atau pelajar.
Nilai | Takrif | Contoh | Diperlukan/Unik |
---|---|---|---|
class_display_name | Nama Panggilan Kelas dalam Apple School Manager. Nama ini muncul dalam app Schoolwork dan boleh diubah suai oleh pengajar dalam Schoolwork atau pentadbir dalam Apple School Manager. Medan ini hendaklah diutamakan apabila menghantar Classroom dan konfigurasi kelas iPad Yang Dikongsi. | Sains | Tidak/Tidak |
class_id | Nombor itu digunakan untuk mengenal pasti secara unik kelas ini dalam SIS atau pangkalan data lain anda. Gunakan nilai class_id yang sama untuk merujuk kepada kelas ini dalam .csv jadual. | F9BF05A9-E40B-4CAD-9B4A-2E0C09EDCCC4 | Ya/Ya |
class_number | Nombor atau kod yang mengenal pasti kelas ini dalam organisasi anda. Tidak seperti class_id, class_number tidak digunakan untuk merujuk kepada kelas ini dalam jadual .csv. | 40 | Tidak/Tidak |
course_id | course_id kursus kelas ini. | 5A3FAD0C-F725-44A4-9BDF-B7F9FF68EFF4 | Ya/Tidak |
instructor_id juga dikenali sebagai person_id | person_id pengajar yang mengajar kelas ini. Semua kakitangan menerima peranan pengajar. | DAB7051F-BEBE-4852-8374-E205184A3069 | Tidak/Tidak |
instructor_id_2 juga dikenali sebagai person_id | person_id pengajar kedua yang mengajar kelas ini. | 106F0FB2-4338-4CE3-AA3A-6FBC6927AE25 | Tidak/Tidak |
instructor_id_3 juga dikenali sebagai person_id | person_id pengajar ketiga yang mengajar kelas ini. | 8CA182D9-3F8C-4659-859E-97D507179B54 | Tidak/Tidak |
location_id | location_id sekolah atau jabatan kelas ini. | 7BF83DE0-9D69-4662-A1E9-DAAD468DEF09 | Ya/Tidak |