Templat Pelajar untuk Apple School Manager
Gunakan templat Pelajar untuk mengimport akaun pelajar. Nilai person_id mestilah unik untuk semua lokasi. Lihat Senario dasar kata laluan.
Anda juga boleh menugaskan lebih daripada satu lokasi kepada pelajar dengan menambahkan lebih banyak lajur lokasi kepada templat Pelajar. Anda boleh menambah hingga 998 lagi lajur lokasi; bernama location_id_2, location_id_3, dan seterusnya hingga location_id_999. Untuk setiap pelajar, sebagai pilihan, anda boleh juga memasukkan satu lagi location_id dalam setiap lajur ini. Ini mesti sepadan dengan location_id dalam templat Lokasi. Jika masukan ini tidak sepadan, proses muat naik akan gagal. Untuk maklumat lanjut, lihat Halaman templat Lokasi.
Nota: Jika pengesahan penyepaduan didayakan, alamat e‑mel diperlukan. Selain itu, jika alamat e‑mel yang dinyatakan menggunakan domain penyepaduan, alamat e‑mel tersebut mesti unik. Jika alamat e‑mel itu berada dalam domain penyepaduan, akaun pengguna juga akan disepadukan. Lihat Pengenalan kepada pengesahan penyepaduan.
Nilai | Takrif | Contoh | Diperlukan/Unik |
---|---|---|---|
person_id juga dikenali sebagai student_id | Nombor itu digunakan untuk mengenal pasti secara unik individu ini dalam SIS atau pangkalan data lain anda. Gunakan nilai person_id yang sama untuk merujuk kepada individu ini dalam jadual .csv dan kelas. | AE4A6BB3-8D97-446A-BAA9-EDEA567453D3 | Ya/Ya |
person_number | Nombor lencana atau nombor ID yang mengenal pasti individu ini dalam organisasi anda. Tidak seperti person_id, person_number tidak digunakan untuk merujuk kepada individu ini dalam jadual .csv dan kelas. | 49 | Tidak/Tidak |
first_name | Nama pertama atau nama yang diberi kepada individu tersebut. | Amy | Ya/Tidak |
middle_name | Nama tengah individu tersebut. | M | Tidak/Tidak |
last_name | Nama akhir atau keluarga individu tersebut. | Frost | Ya/Tidak |
grade_level | Tahap gred yang dikaitkan dengan individu ini. | 9 | Tidak/Tidak |
email_address | Alamat e‑mel individu tersebut. | af@townshipschools.org | Tidak/Tidak |
sis_username | Nama pengguna untuk individu ini dalam SIS atau pangkalan data sekolah yang lain. | amfrost | Tidak/Tidak |
password_policy | Dasar kata laluan yang harus digunakan oleh individu ini untuk mendaftar masuk ke akaun mereka. Terdapat tiga pilihan: “8” (Dasar standard; ini adalah lalai), “6” (dasar enam digit) dan “4” (dasar empat digit). Nilai ini mengatasi dasar kata laluan Lokasi dan apa-apa dasar kata laluan yang telah disetkan sebelumnya. Jika password_policy dibiarkan kosong dalam fail .csv, dasar kata laluan lalai untuk pelajar di lokasi boleh disetkan sebagai berikut:
| 8 | Tidak/Tidak |
location_id | ID lokasi sekolah atau jabatan individu ini. | 7BF83DE0-9D69-4662-A1E9-DAAD468DEF09 | Ya/Tidak |