Pengenalan kepada pengguna dalam Apple School Manager
Pengguna dalam Apple School Manager boleh:
Disalin daripada Sistem Maklumat Pelajar (SIS) anda
Dimuat naik daripada fail .csv menggunakan Protokol Pemindahan Fail Selamat (SFTP)
Dipautkan menggunakan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace atau Microsoft Active Directory (Azure AD)
Diimport daripada Google Workspace
Diimport menggunakan Sistem untuk Pengurusan Identiti Silang Domain (SCIM) daripada Azure AD
Dicipta secara manual
Jika anda disambungkan ke SIS anda, setiap pengguna mempunyai maklumat baca sahaja daripada sumber. Maklumat tambahan, seperti Apple ID Terurus dan kata laluan yang berkaitan, ditambah kepada maklumat pengguna dalam Apple School Manager. Data tidak sekali‑kali ditulis balik ke SIS anda.
Setiap akaun pengguna mungkin mengandungi maklumat berikut yang dikaitkan dengan akaun itu dan dapat dilihat dalam senarai akaun atau apabila akaun dipilih:
Status dengan imej pengguna, jika diberikan, dan sumber
Nama pertama, tengah dan akhir
Apple ID Terurus
Peranan dan Lokasi
Jenis pengesahan
Alamat e‑mel, jika diberikan
Dasar kata laluan Apple ID Terurus
Tahap gred, jika diberikan
Nombor Individu dan ID Individu
Apabila akaun disalin daripada Google Workspace atau Azure AD (menggunakan SCIM) ke Apple School Manager, atribut pengguna berikut boleh diedit:
Peranan
Tahap gred
Nama pengguna SIS
Status pengguna
Pengguna boleh mempunyai status akaun yang berbeza‑beza. Bergantung pada status dan sumber akaun itu, anda mungkin dapat melakukan tindakan tertentu pada akaun pengguna itu.
Baharu: Akaun pengguna ini ialah akaun baharu dan pengguna akaun ini belum mendaftar masuk.
Aktif: Akaun pengguna ini aktif dan pengguna telah mendaftar masuk sekurang‑kurangnya sekali.
Dinyahaktifkan: Akaun pengguna ini telah dinyahaktifkan dan pengguna tidak dapat menggunakan Apple ID Terurus mereka untuk mendaftar masuk.
Dikunci: Akaun pengguna ini telah dikunci kerana terlalu banyak percubaan log masuk yang tidak berjaya.
Apabila statusnya adalah “Baharu”
Sumber | Tindakan |
---|---|
SIS | Nyahaktifkan |
SFTP | Nyahaktifkan |
Manual | Padam |
Apabila statusnya adalah “Aktif”
Sumber | Tindakan |
---|---|
SIS | Nyahaktifkan |
SFTP | Nyahaktifkan |
Manual | Nyahaktifkan Padam |
Apabila statusnya adalah “Dinyahaktifkan”
Sumber | Tindakan |
---|---|
SIS | Aktifkan Semula Padam |
SFTP | Aktifkan Semula Padam |
Manual | Aktifkan Semula Padam |
Apabila statusnya adalah “Dikunci”
Sumber | Tindakan |
---|---|
SIS | Reset Kata Laluan |
SFTP | Reset Kata Laluan |
Manual | Reset Kata Laluan |