RSVP acara dalam Jemputan Apple
Selepas seseorang menjemput anda ke acara mereka dalam Jemputan Apple, anda boleh RSVP untuk memberitahu mereka sama ada anda menghadiri atau tidak.
Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, anda masih boleh RSVP di iCloud.com, tetapi anda tidak boleh menambahkan item ke album foto atau senarai main muzik dikongsi.
Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
RSVP acara dalam app
Pada iPhone anda, ketik pautan yang dihantar oleh penganjur kepada anda untuk pergi ke app Jemputan Apple
.
Jika penganjur telah mengaktifkan Luluskan Tetamu, ketik Buka Jemputan, ketik Selesai, kemudian tunggu penganjur meluluskan permintaan anda.
Ketik Lihat Jemputan.
Ketik Akan Pergi, Tidak Pergi atau Mungkin, kemudian ketik Hantar Balasan.
Secara pilihan, tambah nota yang akan kelihatan kepada penganjur dan tetamu lain.
Ketik Hantar Balasan.
Tukar cara anda kelihatan dalam senarai tetamu dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik acara, kemudian ketik
.
Ketik
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Masukkan nama lain.
Ketik Gambar Profil, kemudian pilih foto Akaun Apple anda atau parap anda.
Ketik
untuk menyimpan perubahan anda atau ketik
untuk membuangnya.
RSVP acara di iCloud.com
Pilih pautan yang dihantar oleh hos kepada anda untuk membuka icloud.com/invites, ketik Lihat Jemputan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda mempunyai Akaun Apple: Daftar masuk dengan alamat e-mel atau nombor telefon anda dan kata laluan anda. (Anda juga mungkin dapat menggunakan Touch ID atau Face ID.)
Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple: Masukkan alamat e‑mel anda, kemudian masukkan kod pengesahan yang dihantar ke e‑mel anda.
Nota: Jika anda diminta untuk memasukkan kata laluan, alamat e‑mel anda dikaitkan dengan Akaun Apple sedia ada. Untuk mereset kata laluan, pilih Terlupa Kata Laluan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika penganjur telah mengaktifkan Luluskan Tetamu, ketik Teruskan, kemudian tunggu penganjur meluluskan permintaan anda.
Dalam jubin Senarai Tetamu, pilih Akan Pergi, Tidak Pergi atau Mungkin, kemudian masukkan nama anda.
Secara pilihan, tambahkan mesej yang akan kelihatan kepada penganjur dan tetamu lain.
Pilih Sahkan.
Tukar cara anda kelihatan dalam senarai tetamu di iCloud.com
Pilih pautan yang penganjur hantar kepada anda untuk membuka icloud.com/invites, kemudian pilih acara.
Pilih Senarai Tetamu, kemudian pilih nama anda untuk mengeditnya.
Selepas anda RSVP, anda boleh menambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi, jika tersedia. Jika anda mahu mengeluarkan diri anda daripada senarai tetamu, anda boleh meninggalkan acara.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.