Jemput tetamu dalam Jemputan Apple
Selepas anda mencipta acara dalam Jemputan Apple, anda boleh menjemput tetamu dengan menghantar pautan kepada mereka.
Perihal pautan jemputan
Terdapat dua cara anda boleh menjemput tetamu:
Jemput dengan Pautan Awam: Pautan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk melihat dan menyertai acara anda. Anda boleh memilih sama ada orang boleh menyertai secara automatik atau sama ada anda perlu meluluskan permintaan mereka dahulu.
Jemput Individu: Pautan dijana secara unik yang hanya boleh digunakan sekali. Dengan kaedah ini, anda perlu menjemput seorang tetamu pada satu masa.
Jemput tetamu dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik acara, kemudian ketik Jemput Tetamu.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Jemput dengan pautan awam: Pilih Salin Pautan, kemudian kongsi pautan atau pilih Kongsi Pautan, kemudian pilih kaedah, seperti e-mel atau teks.
Nota: Untuk meluluskan tetamu sebelum mereka boleh menyertai acara, aktifkan Luluskan Tetamu. Lihat Luluskan atau tolak permintaan RSVP.
Jemput kenalan: Ketik Pilih Tetamu, cari nama atau pilih seseorang daripada senarai kenalan anda, kemudian kongsi pautan.
Jemput seseorang yang tiada dalam kenalan anda: Ketik Pilih Tetamu, kemudian ketik Tetamu Baharu. Masukkan nama untuk tetamu, ketik Hantar Jemputan, kemudian pilih cara untuk menghantar pautan.
Ketik
.
Jemput tetamu di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika anda belum melakukannya).
Pilih acara, kemudian pilih Urus Tetamu.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Jemput dengan pautan awam: Pilih Salin Pautan, kemudian kongsi pautan atau pilih Kongsi, kemudian pilih kaedah, seperti e-mel atau teks.
Nota: Untuk meluluskan tetamu sebelum mereka boleh menyertai acara, aktifkan Luluskan Tetamu. Lihat Luluskan atau tolak permintaan RSVP.
Jemput kenalan: Di bawah Jemput Individu, masukkan nama kenalan, kemudian salin dan kongsi pautan yang disediakan.
Pilih Selesai.
Apabila tetamu menerima pautan, mereka boleh RSVP. Anda kemudian boleh menjejak RSVP mereka, diisih mengikut kategori berikut: Akan Pergi, Tidak Pergi, Mungkin dan Tidak Membalas
Anda juga boleh mengeluarkan tetamu daripada acara pada bila-bila masa.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.