Tukar keutamaan Kawalan Suara untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Kawalan Suara pada keutamaan Kebolehcapaian untuk mendayakan Kawalan Suara supaya anda boleh mengedit dan mengawal Mac anda dengan menyebut perintah padanya, memilih perintah untuk digunakan dan menambah perkataan atau frasa tersuai ke senarai kosa kata.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Kawalan Suara.
Buka anak tetingkap Kawalan Suara untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Dayakan Kawalan Suara | Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suara. Kali pertama anda mengaktifkan Kawalan Suara, fail untuk bahasa dipilih dimuat turun ke Mac anda (anda mesti bersambung ke internet) dan tetingkap maklum balas muncul pada desktop. Apabila Kawalan Suara sedia digunakan, ikon mikrofon muncul dalam tetingkap dan turun naik untuk menunjukkan paras kelantangan. |
Bahasa | Bahasa untuk digunakan apabila anda menyebut perintah kepada Mac anda. Untuk menukar bahasa, klik menu timbul, kemudian lakukan satu daripada berikut:
|
Mikrofon | Mikrofon untuk digunakan untuk menyebut perintah kepada Mac anda. Untuk menukar mikrofon, klik menu timbul. Jika anda memilih Automatik, Mac anda mendengar kepada peranti yang anda akan gunakan untuk menyebut perintah. |
Tindihan | Berterusan menunjukkan nombor item atau grid bernombor pada skrin untuk memudahkan memilih item atau menavigasi skrin. Secara lalai, tindihan tidak dipaparkan. Anda juga boleh mengesetkan pilihan ini sementara menggunakan Kawalan Suara dengan menyebut perintah “Tunjukkan nombor berterusan” atau “Tunjukkan grid berterusan”. Jika anda menyebut perintah “Sembunyikan nombor” atau “Sembunyikan grid”, pilihan ini disetkan kepada Tiada. |
Tunjukkan pembayang | Paparkan perintah dicadangkan dan pembayang atas skrin bersebelahan ikon mikrofon. |
Mainkan bunyi apabila perintah dikenali | Jadikan Mac anda bermain bunyi untuk menunjukkan yang ia mengenali perintah yang anda sebutkan. |
Perintah | Tunjukkan senarai perintah yang anda boleh gunakan untuk mengawal Mac anda dan menggunakan app. Lihat Dayakan, nyahdayakan dan cipta perintah untuk Kawalan Suara. |
Kosa Kata | Tentukan perkataan atau frasa tersuai untuk digunakan apabila anda menyebut kepada Mac anda. Sebagai contoh, jika anda bekerja dengan dokumen atau app perubatan atau teknikal, anda boleh menambah istilah perubatan dan teknikal ke kosa kata. Pilihan ini tidak tersedia untuk semua bahasa. |
Perintah
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai perintah | Perintah standard dan perintah tersuai yang anda cipta ditunjukkan. Gunakan medan carian untuk mencari perintah. Perintah standard dikumpulkan mengikut kategori: Navigasi Asas, Tindihan & Tetikus, Perencanaan, Pilihan Teks, Navigasi Teks, Pengeditan Teks, Pemadaman Teks dan Kebolehcapaian. Kotak semak bersebelahan perintah menunjukkan ia boleh digunakan. Jika anda tidak mahu menggunakan perintah, nyahpilih kotak semaknya. |
Kawasan pratonton | Klik perintah dalam senarai untuk menunjukkan cara menyebut. Mungkin terdapat berbilang cara untuk menyebut perintah. Sebagai contoh, untuk menjadikan perkataan tertentu ditebalkan, anda boleh menyebut “Tebalkan itu”, “Tebalkan ini”, atau “Tebalkan pilihan”. |
Tambah , Keluarkan | Klik butang Tambah untuk mencipta perintah anda sendiri. Untuk memadamkan perintah yang anda cipta, pilih perintah dalam bahagian Tersuai, kemudian klik butang Keluarkan . |
Kosa Kata
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai kosa kata | Perkataan atau frasa yang anda tambah. |
Tambah , Keluarkan | Klik butang Tambah untuk menambah perkataan atau frasa. Untuk memadamkan item yang anda tambah, pilih item dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan . |