Gunakan tindihan nombor item dan grid dengan Kawalan Suara pada Mac
Apabila anda menggunakan Kawalan Suara pada Mac, anda biasanya boleh berinteraksi dengan item pada skrin menggunakan perintah Kawalan Suara dan nama item—sebagai contoh, “Klik OK”. Apabila nama item tidak nyata atau anda perlu berinteraksi dengan kawasan tepat pada skrin, anda boleh menindihkan skrin dengan nombor pada setiap item atau grip supaya lebih mudah untuk memilih item atau menavigasi skrin.
Petua: Anda boleh mengesetkan pilihan Tindanan dalam keutamaan Kawalan Suara untuk menunjukkan item bernombor atau grid pada skrin, jadi anda tidak perlu menyebut perintah untuk menunjukkannya.
Gunakan nombor item
Jika nombor item belum lagi ditunjukkan pada skrin Mac anda, sebutkan perintah “Tunjukkan nombor.”
Anda juga boleh menyebut “Tunjukkan nombor berterusan”. Apabila anda melakukannya, pilihan Tindihan dalam keutamaan Kawalan Suara disetkan ke Nombor Item.
Perintah memaparkan nombor bersebelahan setiap item supaya anda boleh menyebut nombor untuk berinteraksi dengan item. (Nombor sentiasa ditunjukkan untuk item dalam menu.)
Untuk berinteraksi dengan item, sebut perintah, diikuti dengan nombor item. Sebagai contoh, “Klik 36”.
Jika nombor item tidak ditunjukkan secara berterusan, nombor hilang selepas anda menyebut perintah.
Anda boleh menggunakan pelbagai perintah untuk berinteraksi dengan item, seperti Klik, Dwiklik, Klik tiga kali, atau Tekan lama. Untuk melihat semua perintah yang tersedia, sebut “Tunjukkan perintah” untuk memaparkan tetingkap Perintah.
Jika nombor item ditunjukkan secara berterusan dan anda tidak lagi mahu menunjukkannya, sebut “Sembunyikan nombor.” Apabila anda melakukannya, pilihan Tindihan dalam keutamaan Kawalan Suara disetkan ke Tiada.
Gunakan grid
Jika grid belum lagi ditunjukkan pada skrin Mac anda, sebutkan perintah “Tunjukkan grid.”
Anda juga boleh menyebut “Tunjukkan grid berterusan”. Apabila anda melakukannya, pilihan Tindihan dalam keutamaan Kawalan Suara disetkan ke Grid Bernombor.
Untuk memaparkan hanya grid di atas tetingkap aktif, sebutkan “Tunjukkan grid tetingkap.”
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Berinteraksi dengan lokasi pada grid: Jika nombor berada di lokasi yang anda mahu berinteraksi, sebutkan sebarang perintah dengan nombor grid. Sebagai contoh, “Klik 15” atau “Zum pada 11”.
Cari dalam kawasan grid: Jika anda perlu memperhalus lokasi, sebutkan nombor grid untuk mencari dalam kawasan tersebut. Anda boleh mencari berbilang kali; tetingkap berasingan mungkin dipaparkan untuk menunjukkan kawasan dengan lebih terperinci. Apabila kawasan tidak boleh dicari lagi, menyebut nombor melaksanakan perintah Klik.
Untuk melihat semua perintah yang tersedia, sebut “Tunjukkan perintah” untuk memaparkan tetingkap Perintah.
Jika grid bernombor ditunjukkan secara berterusan dan anda tidak lagi mahu menunjukkannya, sebut “Sembunyikan grid.” Apabila anda melakukannya, pilihan Tindihan dalam keutamaan Kawalan Suara disetkan ke Tiada.