Panduan Pengguna Kawalan Suara, Kawalan Suis dan Papan Kekunci Kebolehcapaian
untuk macOS Sequoia
Kawalan Suara
Dengan Kawalan Suara, anda boleh menyebut perintah untuk menavigasi desktop dan app, berinteraksi dengan perkara pada skrin, merencanakan dan mengedit teks serta banyak lagi.
Kawalan Suis
Dengan Kawalan Suis, anda boleh menggunakan peranti adaptif untuk memasukkan teks, menavigasi dan berinteraksi dengan perkara pada skrin serta mengawal Mac anda dengan lebih mudah.
Papan Kekunci Kebolehcapaian
Gunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian (dengan Inap) atas skrin untuk memasukkan teks dan mengawal Mac anda tanpa papan kekunci fizikal serta melaksanakan tindakan tetikus menggunakan teknologi penjejakan mata atau kepala.
Editor Panel
Dengan Editor Panel, anda boleh mencipta panel tersuai untuk digunakan dengan Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian pada Mac anda.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Kawalan Suara, Kawalan Suis dan Papan Kekunci Kebolehcapaian, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Untuk mendapatkan lebih sumber, lawati tapak web Sokongan Kebolehcapaian Apple.