Grid yang bertindih pada desktop, yang menunjukkan peta dalam app Peta. Grid membahagikan desktop kepada tujuh lajur dan empat baris, serta setiap sel dinomborkan 1 sehingga 28. Tetingkap maklum balas terletak di sebelah kanan tetingkap Peta.

Kawalan Suara

Dengan Kawalan Suara, anda boleh menyebut perintah untuk merencanakan dan bekerja dengan teks, menavigasi desktop dan app, serta mengawal Mac anda.

Cara menggunakan Kawalan Suara

Panel Utama Kawalan Suis menyediakan butang untuk mengawal, dari kiri ke kanan, papan kekunci, penuding, app, Dock, bar menu, kawalan sistem, panel tersuai, lokasi skrin dan peranti lain.

Kawalan Suis

Jika anda menggunakan peranti adaptif, Kawalan Suis menjadikannya mudah untuk memasukkan teks, berinteraksi dengan item pada skrin dan mengawal Mac anda.

Cara menggunakan Kawalan Suis

Papan Kekunci Kebolehcapaian dengan cadangan menaip merentasi bahagian atas. Di bawah adalah baris butang sistem kawalan untuk membuat perkara seperti melaraskan kecerahan paparan, menunjukkan Touch Bar atas skrin dan menunjukkan panel tersuai.

Papan Kekunci Kebolehcapaian

Jika anda menghadapi kesulitan dengan papan kekunci fizikal, Papan Kekunci Kebolehcapaian (dengan Inap) menjadikannya mudah untuk menavigasi macOS dan memasukkan teks.

Cara menggunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian

Tetingkap koleksi panel menunjukkan senarai panel papan kekunci di kiri dan di kanan, butang dan kumpulan terkandung di dalam panel.

Editor Panel

Dengan Editor Panel, anda boleh mencipta panel tersuai untuk digunakan dengan Kawalan Suis atau Papan Kekunci Kebolehcapaian pada Mac anda.

Cara menggunakan Editor Panel

Untuk meneroka Panduan Pengguna Kawalan Suara, Kawalan Suis dan Papan Kekunci Kebolehcapaian, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan Kebolehcapaian Apple.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.