Dayakan dan nyahdayakan perintah standard untuk Kawalan Suara pada Mac
Apabila anda menggunakan Kawalan Suara pada Mac, anda boleh mendayakan atau menyahdayakan perintah dalam set perintah standard: Navigasi Asas, Tindihan & Tetikus, Perencanaan, Pilihan Teks, Navigasi Teks, Pengeditan Teks, Pemadaman Teks dan Kebolehcapaian (untuk digunakan apabila VoiceOver pembaca skrin terbina dalam aktif). Anda juga boleh melihat contoh cara bercakap.
Untuk mencipta perintah tersuai, lihat Cipta, import dan eksport perintah tersuai.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Klik Perintah, kemudian lakukan mana-mana yang berikut.
Tunjukkan perintah untuk bahasa: Jika anda menambah bahasa untuk digunakan dengan Kawalan Suara, klik menu timbul “Tunjukkan perintah untuk” untuk memilih bahasa yang anda mahu melihat perintahnya.
Cari perintah: Masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Lihat maklumat lanjut tentang perintah: Pilih perintah dalam senarai untuk menunjukkan cara menyebutnya, perihalan, atau contoh di sebelah kanan.
Dayakan perintah: Pilih kotak semak perintah. Kawalan Suara hanya mendengar perintah yang dipilih.
Nyahdayakan perintah: Nyahpilih kotak semak perintah.