Cipta, import dan eksport perintah tersuai untuk Kawalan Suara pada Mac
Apabila anda menggunakan Kawalan Suara pada Mac, anda boleh mendayakan atau menyahdayakan perintah standard. Selain itu, anda boleh mencipta perintah anda sendiri, memadamkan perintah dan mengimport atau mengeksport berbilang perintah tersuai.
Cipta perintah anda sendiri
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Klik Perintah.
Jika anda menambah bahasa untuk digunakan dengan Kawalan Suara, pastikan bahasa yang anda mahu gunakan untuk perintah dipilih dalam menu timbul “Tunjukkan perintah untuk”.
Di bawah senarai perintah, klik butang Tambah .
Dalam medan “Apabila saya berkata”, masukkan nama untuk perintah anda, mengikut garis panduan ini:
Gunakan dua atau lebih perkataan dan elakkan nama dengan suku kata tunggal. Sebagai contoh, gunakan “Jadikan teks lebih kecil” daripada “Lebih kecil”.
Elakkan nama yang betul, nama yang berbunyi seperti perkataan lain atau nama yang boleh mengelirukan dengan perintah lain.
Jangan gunakan nama yang digunakan untuk perintah lain. Jika anda lakukannya, ikon amaran muncul bersebelahan perintah duplikasi dalam senarai perintah.
Nyatakan sama ada perintah untuk digunakan dalam sebarang app atau dalam app tertentu.
Pilih tindakan yang perintah laksanakan.
Sesetengah tindakan memerlukan maklumat tambahan. Sebagai contoh:
Untuk Tampal Teks, anda mesti memasukkan teks untuk ditampalkan apabila anda menyebut perintah anda.
Untuk Tekan Pintasan Papan Kekunci, anda mesti menekan kekunci papan kekunci (anda juga tidak perlu menekan kekunci pengubai suai). Sebagai contoh, jika anda mahu perintah anda memainkan atau menjeda video, tekan kekunci Space.
Untuk Jalankan Pintasan, pilih pintasan atau pilih Buka App Pintasan untuk mencipta pintasan lain.
Untuk Jalankan Aliran Kerja Automator, pilih aliran kerja Automator standard seperti “Rakaman skrin baharu”, atau pilih Lain untuk memilih aliran kerja yang anda cipta.
Klik Selesai.
Perintah anda kelihatan dalam bahagian Tersuai di bahagian atas senarai perintah.
Petua: Anda boleh mencipta perintah dengan mudah semasa anda bekerja. Sebut “Jadikan ini boleh disebut” untuk membuka tetingkap Perintah Kawalan Suara Baharu. Kemudian tentukan nama perintah, app dan tindakan. Jika anda memilih teks atau item, seperti fail, sebelum membuka tetingkap, tindakan dipilih secara lalai; anda boleh menukarnya, jika perlu.
Import perintah tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Klik menu Tindakan Lanjutan di penjuru kiri bawah, kemudian pilih Import Perintah Tersuai.
Pilih fail perintah Kawalan Suara tersuai, kemudian klik Import.
Nota: Fail boleh menyertakan perintah iOS dan macOS; hanya perintah macOS diimport.
Eksport perintah tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Klik menu Tindakan Lanjutan di penjuru kiri bawah, kemudian pilih Eksport Perintah Tersuai.
Pilih lokasi, kemudian klik Eksport.
Nota: Fail yang dirujuk oleh perintah tersuai, seperti app, dokumen, Pintasan dan Aliran Kerja Automator, tidak disertakan dalam eksport dan mestilah dipindahkan secara berasingan.
Padamkan perintah tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Padamkan satu perintah tersuai: Klik Perintah, pilih perintah untuk memadamkan dalam bahagian Tersuai di bahagian atas senarai perintah, klik butang Keluarkan , klik Padam, kemudian klik Selesai.
Padamkan semua perintah tersuai: Klik menu Tindakan Lanjutan di penjuru kiri bawah, pilih Padam Semua Perintah Tersuai, kemudian klik Padam.