Cipta, import dan eksport kosa kata tersuai untuk Kawalan Suara pada Mac
Jika anda menggunakan Kawalan Suara pada Mac anda dengan bahasa yang menyokong kosa kata tersuai, anda boleh menambah perkataan dan frasa—secara individu atau dengan mengimport senarai—supaya lebih mudah untuk bekerja dengan app atau dokumen khusus. Sebagai contoh, jika anda menggunakan perisian CAD atau bekerja dengan dokumen perubatan, anda boleh memasukkan istilah seperti DIMSTYLE atau hemianopsia untuk memastikan perkataan dimasukkan dengan betul apabila menggunakan Kawalan Suara.
Anda boleh mencipta senarai kosa kata tersuai untuk setiap bahasa. Selain itu, anda boleh mengeksport atau mengimport istilah untuk setiap bahasa dan menambah perkataan daripada satu bahasa ke bahasa lain dengan mudah.
Tambah istilah kosa kata individu
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Klik Kosa Kata.
Jika pilihan dimalapkan, bahasa yang dipilih tidak menyokong kosa kata tersuai; cuba pilih bahasa lain.
Klik butang Tambah , kemudian taipkan perkataan atau frasa seperti yang anda mahu ia dimasukkan apabila anda menyebutnya.
Klik Simpan, kemudian klik Simpan lagi.
Petua: Tambah istilah kosa kata dengan cepat semasa anda bekerja dengan menyebut perintah. Pilih perkataan atau frasa yang anda mahu tambahkan, kemudian sebut “Tambah ke kosa kata”.
Import berbilang istilah kosa kata tersuai
Anda boleh mengimport daripada fail teks dengan setiap istilah pada baris berasingan atau daripada fail yang dieksport sebelum ini oleh Kawalan Suara (lihat tugas di bawah untuk cara mengeksport).
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Klik menu Tindakan Lanjutan di penjuru kiri bawah, kemudian pilih Import Kosa Kota.
Pilih fail istilah kosa kata, kemudian klik Pilih.
Pilih satu bahasa atau Semua Bahasa, kemudian klik Import.
Eksport istilah kosa kata tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Klik menu Tindakan Lanjutan di penjuru kiri bawah, kemudian pilih Eksport Kosa Kota.
Pilih format fail dan bahasa, kemudian klik Teruskan.
Pilih lokasi, kemudian klik Eksport.
Padamkan kosa kata tersuai
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian , kemudian klik Kawalan Suara.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Padamkan satu istilah kosa kata: Klik Kosa Kata, pilih perkataan atau frasa untuk dipadamkan, klik butang Keluarkan , kemudian klik Simpan.
Padamkan semua kosa kata tersuai: Klik menu Tindakan Lanjutan di penjuru kiri bawah, pilih Padam Semua Kosa Kata, kemudian klik Padam.