Dapatkan maklumat tentang Apple Watch
Lihat maklumat tentang Apple Watch
Pada Apple Watch anda, pergi ke app Seting , kemudian pergi ke Umum > Perihal. Item anda dapat lihat termasuk:
Nama
Versi perisian
Nama model
Nombor model
Jumlah lagu, foto dan app
Kapasiti dan ruang storan tersedia
Rangkaian
Pembawa—Apple Watch dengan selular sahaja
IMEI, ICCID, EID
Alamat MAC dan Bluetooth
Perisian tegar modem—Apple Watch dengan selular sahaja
SEID
Info Undang-Undang
Untuk melihat tanda kawal selia, buka app Seting , kemudian pergi ke Umum > Kawal Selia.
Anda juga boleh melihat maklumat ini pada iPhone yang berpasangan—buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Perihal. Skrol ke bawah dan ketik Undang-undang untuk melihat Notis Sah, Lesen, maklumat di mana untuk mencari Waranti dan maklumat Pendedahan RF.