Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Buat VoiceOver mengabaikan kekunci seterusnya yang ditekan
App mungkin menggunakan pengubah suai VoiceOver dengan kekunci lain untuk melaksanakan tindakan. Jika anda menggunakan VoiceOver dan mahu menggunakan perintah app itu, anda boleh memberitahu VoiceOver untuk mengabaikan kekunci kombinasi seterusnya.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver.
Tekan VO-Tab.
VoiceOver mengabaikan perintah app apabila anda menekannya.
Anda boleh mengubah banyak pintasan papan kekunci untuk app dalam anak tetingkap Pintasan dari keutamaan Papan Kekunci.