Dengar apa yang anda taip
VoiceOver boleh menyebut apa yang anda sedang taip (dikenali sebagai “gema menaip”).
Nota: VO mewakili pengubahsuai VoiceOver.
Untuk membuka rotor Berjela, tekan VO-V.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “gema menaip” dan seting semasa.
Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar seting yang anda mahu.
Untuk menutup rotor, tekan kekunci Escape atau Fn-Tab.
Anda juga boleh setkan gema menaip dalam anak tetingkap Teks dari kategori Berjela dalam Utiliti VoiceOver. Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan VO-F8 apabila VoiceOver aktif.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Untuk mengesetkan pilihan untuk membuatkan VoiceOver memberitahu anda apabila anda menekan kekunci Caps Lock atau kekunci pengubah suai, buka Utiliti VoiceOver, kemudian klik Pengumuman.
Jika anda menggunakan keutamaan mudah alih pada komputer tetamu apabila anda mengubah seting menaip, seting disimpan ke keutamaan pemacu mudah alih dan bukan ke komputer tetamu.