Dengar tanda baca
Ubah aras tanda baca yang VoiceOver baca.
Nota: VO mewakili pengubahsuai VoiceOver.
Untuk membuka rotor Berjela, tekan VO-V.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “tanda baca” dan seting semasa.
Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar seting yang anda mahu, seperti Semua atau Tiada.
Untuk menutup rotor, tekan kekunci Escape atau Fn-Tab.
Anda juga boleh mengesetkan pilihan tanda baca dalam anak tetingkap Teks dari kategori Berjela dalam Utiliti VoiceOver. Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan VO-F8 apabila VoiceOver aktif.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Jika anda menggunakan keutamaan mudah alih pada komputer tetamu apabila anda mengubah seting tanda baca, seting disimpan ke keutamaan pemacu mudah alih dan bukan ke komputer tetamu.