Gunakan pengubah suai VoiceOver pada Mac
Pengubah suai VoiceOver adalah kekunci atau set kekunci yang anda tekan dengan satu atau lebih kekunci untuk memasukkan perintah VoiceOver. Anda boleh setkan pengubah suai VoiceOver untuk menjadi kekunci Caps Lock atau kekunci Control dan Option ditekan pada masa yang sama.
Perintah VoiceOver diwakili oleh VO-kekunci, dengan VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Sebagai contoh, perintah VoiceOver VO-Shift-M bermaksud anda perlu menekan pengubah suai VoiceOver dengan kekunci Shift dan M pada masa yang sama. Bergantung kepada pengubah suai VoiceOver yang anda gunakan, anda tekan Caps Lock-Shift-M atau Control-Option-Shift-M.
Anda boleh mengunci pengubah suai VoiceOver supaya anda tidak perlu menekan mereka, menjadikan ia lebih mudah untuk masukkan perintah VoiceOver.
Setkan pengubah suai VoiceOver
Buka Utiliti VoiceOver (tekan VO-F8 apabila VoiceOver aktif).
Klik kategori Umum, kemudian daripada menu timbul pengubah suai VoiceOver, pilih kekunci yang anda mahu gunakan: kekunci Caps Lock, kekunci Control dan Option ditekan pada masa yang sama, atau salah satu daripadanya.
Kunci atau buka kunci pengubah suai VoiceOver
Anda boleh menjadikannya mudah untuk memasukkan perintah VoiceOver dengan mengunci pengubah suai VoiceOver. Contohnya, apabila pengubah suai VoiceOver dikunci, anda masukkan VO-Shift-M dengan menekan hanya kekunci Shift dan M pada masa yang sama.
Kunci atau buka kunci pengubah suai: Tekan VO-;.
Apabila anda menggunakan Caps Lock sebagai pengubah suai VoiceOver, untuk menaip huruf besar, anda mesti menekan kekunci Caps Lock dua kali dengan cepat.