Perintah umum VoiceOver pada Mac
Gunakan perintah ini untuk laksanakan tindakan seperti mengaktifkan dan menyahaktifkan VoiceOver, mendapatkan bantuan, atau menukar seting asas. VO mewakili pengubah suai VoiceOver (lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver).
Nota: Apabila VoiceOver aktif, anda boleh memasukkan perintah VoiceOver menggunakan kekunci Fn dan nombor dengan pengubah suai VoiceOver, sebagai alternatif menggunakan kekunci fungsi (F1 sehingga F12). Sebagai contoh, untuk membuka Utiliti VoiceOver anda boleh menekan Control-Option-Fn-8 (berbanding Control-Option-F8).
Jika anda menggunakan kekunci fungsi (F1 sehingga F12), anda mungkin perlu tekan dan tahan kekunci Fn, bergantung kepada bagaimana anda setkan perilaku kekunci fungsi dalam keutamaan Papan Kekunci.
Tindakan | Perintah |
---|---|
Aktifkan atau nyahaktifkan VoiceOver | Command-F5 Jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, tekan dan tahan kekunci Command sambil menekan Touch ID tiga kali dengan cepat. |
Kunci dan buka kunci pengubah suai VoiceOver | VO-; |
Buka Utiliti VoiceOver | VO-F8 |
Mulakan bantuan papan kekunci | VO-K |
Buka menu Bantuan VoiceOver | VO-H |
Buka Mula Cepat VoiceOver | VO-Command-F8 |
Buka Panduan Pengguna VoiceOver | VO-? |
Baca tag bantuan bagi item semasa | VO-Shift-H |
Baca pembayang VoiceOver bagi item semasa | VO-Shift-N |
Buka menu Perintah | VO-H-H |
Buka menu Perintah Carian | VO-Shift-F |
Buka menu Pemberitahuan | VO-N |
Tutup menu atau rotor, hentikan tindakan, atau keluar dari mod | Escape atau Fn-Tab |
Beritahu VoiceOver untuk mengabaikan kekunci seterusnya atau kekunci gabungan anda menekan | VO-Tab |
Buka rotor Berjeda | VO-V Kemudian tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan untuk memilih seting. Gunakan Kekunci Anak Panah Atas dan Anak Panah Bawah untuk menukar aras bagi seting. |
Naikkan pembesaran item dalam kursor VoiceOver | VO-} |
Kurangkan pembesaran item dalam kursor VoiceOver | VO-{ |
Buat sementara sembunyikan atau tunjukkan kursor VoiceOver dan kapsyen atau panel braille | VO-Command-F11 |
Menyembunyikan atau menunjukkan panel kapsyen sahaja | VO-Command-F10 |
Saiz semula atau alih panel kapsyen | VO-Shift-F10 Tekan sekali lagi untuk kitaran melalui tindakan ini. Kemudian gunakan kekunci anak panah untuk mensaiz semula panel atau menggerakkannya. |
Menyembunyikan atau menunjukkan panel braille sahaja | VO-Command-F9 |
Saiz semula atau alih panel braille | VO-Shift-F9 Tekan sekali lagi untuk kitaran melalui tindakan ini. Kemudian gunakan kekunci anak panah untuk mensaiz semula panel atau menggerakkannya. |
Visual jubin (malapkan skrin, menyerlahkan kapsyen atau panel braille dan tunjukkan item dalam kursor VoiceOver di tengah-tengah skrin) | VO-F10 Tekan sekali lagi untuk kembali ke paparan biasa. |
Aktifkan atau nyahaktifkan Pemerintah Pad Angka | VO-Kosongkan |
Aktifkan atau nyahaktifkan Pemerintah Papan Kekunci | VO-Shift-K |
Aktifkan atau nyahaktifkan Pemerintah Trackpad | Tekan kekunci VO (Control dan Option) dan putar dua jari mengikut arah jam (aktif) atau lawan arah jam (tidak aktif) |
Aktifkan atau nyahaktifkan tirai skrin | VO-Shift-F11 |
Kitar menerusi seting (seperti suara, kadar, pic, kelantangan, intonasi dan jadual braille) dalam rotor | VO-Command-Shift-Anak Panah Kanan atau Anak Panah Kiri |
Tukar tetapan semasa untuk suara, kadar, pic, kelantangan, intonasi dan jadual braille dalam rotor | VO-Command-Shift-Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah |