Kategori aktiviti, Utiliti VoiceOver pada Mac
Gunakan kategori Aktiviti dalam Utiliti VoiceOver untuk sediakan aktiviti, atau kumpulan keutamaan, untuk kegunaan, app atau tapak web tertentu. Sebagai contoh, anda boleh mencipta aktiviti menggunakan suara tertentu dan kadar percakapan yang lebih cepat apabila anda membeli-belah dalam talian; kemudian mencipta aktiviti kedua menggunakan suara yang berlainan dan kadar percakapan yang lebih perlahan apabila anda membaca artikel dalam talian.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk aktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-F8.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai aktiviti | Aktiviti yang anda sediakan. Untuk memaparkan atau menukar seting bagi aktiviti, pilihnya dalam senarai. |
Seting | Pilih kotak semak untuk seting Berjela, Web, atau Kawasan Khas untuk memasukkannya dalam aktiviti. Untuk menunjukkan seting tambahan, klik butang Seting Tambahan yang terletak di sebelah kanan Kawasan Khas. Untuk sembunyikan seting, klik butang itu lagi. |
Set | Menyesuaikan pilihan seting. |
Gunakan aktiviti untuk App & Tapak Web | Pilih app atau tapak web untuk dikaitkan dengan aktiviti. Aktiviti ini secara automatik digunakan setiap kali anda membuka app atau tapak web. App atau tapak web boleh dikaitkan dengan hanya satu aktiviti pada satu masa. |
Butang Tambah | Cipta aktiviti baharu. |
Butang Keluarkan | Padam aktiviti daripada senarai. |
Butang Konfigurasi Aktiviti | Klik butang Konfigurasi Aktiviti, kemudian pilih perintah:
|