![](https://help.apple.com/assets/59D1B206680CE205240B6B82/59D1B207680CE205240B6B89/ms_MY/a7b42570fd1687e04b8d2fbdbb958ea9.png)
Anak tetingkap pembayang kategori Berjela
Gunakan anak tetingkap Pembayang kategori Berjela dalam Utiliti VoiceOver untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang item dalam penuding VoiceOver.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk aktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-F8.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubahsuai VoiceOver.
Arahan bercakap untuk menggunakan item dalam kursor VoiceOver | Arahkan VoiceOver membaca arahan secara automatik, jika tersedia, untuk item tersebut. |
Apabila item mempunyai tag bantuan | Klik menu timbul, kemudian pilih bagaimana anda mahu mendengar perihalan (dipanggil “bantuan tag” atau “petua alat”) yang dipaparkan apabila penuding berada di atas item. |
Pembayang bercakap selepas tundaan | Seret penggelongsor ke arah Pendek atau Panjang untuk mengesetkan berapa saat VoiceOver menunggu sebelum ia menyebut pembayang untuk item di bawah penuding. |