Tonton pada perkhidmatan kabel atau satelit
Cari app Apple TV+ atau Apple TV pada penerima kabel atau satelit (anda mungkin perlu memasang app terlebih dahulu), kemudian buka app dan daftar masuk dengan Apple ID.
Nota: Jika perkhidmatan kabel atau satelit anda menyertakan Apple TV untuk digunakan, ikuti arahan dalam Tonton pada Apple TV (4K, HD dan generasi ke-3).
Jika anda memerlukan lebih bantuan, ikuti arahan di bawah.
Jika anda tidak boleh mencari app Apple TV+ atau Apple TV
Anda boleh mencari app Apple TV+ atau Apple TV dalam folder app kebanyakan penerima kabel atau satelit. Jika anda tidak melihatnya, cari Apple TV untuk memuat turun dan memasangnya.
Nota: App Apple TV+ terhad kepada filem dan rancangan TV Apple TV+ serta tidak termasuk saluran Apple TV atau ciri lain yang ditemui dalam app Apple TV pada peranti lain.
Pada penerima kabel atau satelit anda, pergi ke Cari.
Cari “Apple TV”.
Ikuti arahan atas skrin untuk memuat turun app Apple TV+ atau Apple TV.
Pada pelancar app penerima perkhidmatan kabel atau satelit anda, pilih app Apple TV+ atau app Apple TV untuk membukanya, kemudian daftar masuk dengan Apple ID jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya di tapak web Apple ID. Anda hanya memerlukan satu Apple ID untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Apple ID.
Mula menggunakan app Apple TV+
Jika anda mempunyai app Apple TV+ , buka bar sisi, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:
Cari: Cari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Apple TV+: Layari dan tonton Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi.
MLS Season Pass: Tonton setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, Audi MLS Cup Playoffs dan Leagues Cup, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Nota: App Apple TV+ terhad kepada filem dan rancangan TV Apple TV+ serta tidak termasuk saluran Apple TV atau ciri lain yang ditemui dalam app Apple TV pada peranti lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV+, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Mula menggunakan app Apple TV
Jika anda mempunyai app Apple TV , buka bar sisi, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:
Cari: Cari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Laman Utama: Mula menonton filem, rancangan TV dan sukan di satu tempat. Gunakan baris Seterusnya untuk mencari item yang anda telah tambah atau kandungan yang anda telah mula tonton tetapi belum dihabiskan.
Apple TV+: Layari dan tonton Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi.
MLS Season Pass: Tonton setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, Audi MLS Cup Playoffs dan Leagues Cup, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Kedai: Gunakan destinasi semua dalam satu ini untuk melayari, membeli dan menyewa filem dan rancangan TV terbaik di dunia.
Pustaka: Cari pembelian dan sewaan anda yang disusun mengikut kategori.
Saluran: Pilih saluran yang anda langgan baru-baru ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Tidak mempunyai kabel atau satelit?
Apple TV+ kini percuma untuk tiga bulan apabila anda membeli Apple TV 4K. Atau anda boleh menonton Apple TV+ sekarang pada pelayar web anda di tv.apple.com/my.