
Tonton pada peranti Android

App Apple TV ialah tempat paling mudah pada peranti Android untuk mula menonton Apple TV+ (yang di sesetengah negara dan rantau menyertakan Friday Night Baseball, Sunday Night Soccer, atau kedua-duanya) dan MLS Season Pass (yang menyertakan Sunday Night Soccer).
Cara menonton pada peranti Android
Anda boleh mencari dan memuat turun app Apple TV daripada Google Play Store.
Pada peranti Android anda, pergi ke Google Play Store, kemudian cari “Apple TV”.
Nota: Maklumat tentang keperluan peranti dan perisian boleh ditemui di halaman app Apple TV dalam Google Play Store.
Pilih app Apple TV daripada hasil carian, kemudian ketik Pasang.
Buka app Apple TV
pada peranti Android anda.
Ketik mana-mana daripada berikut:
Apple TV+: Layari dan tonton Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi. Di sesetengah negara dan rantau, Friday Night Baseball, Sunday Night Soccer, atau kedua-duanya disertakan dengan langganan.
MLS: Langgan untuk menonton setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, Audi MLS Cup Playoffs dan Leagues Cup, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Muat Turun: Cari filem dan rancangan dimuat turun anda untuk tontonan di luar talian.
Cari: Cari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya di tapak web Akaun Apple. Anda hanya memerlukan satu Akaun Apple untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Akaun Apple.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk peranti Android.