Tonton pada TV Pintar dan peranti penstriman
Cari app Apple TV pada skrin utama atau folder app TV Pintar atau peranti penstriman (anda mungkin perlu memasang app terlebih dahulu), kemudian buka app dan daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Jika anda memerlukan lebih bantuan, ikuti arahan untuk peranti anda di bawah.
TV Pintar
Pastikan TV Pintar anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi anda dan ikut arahan di bawah untuk memuat turunnya pada TV Pintar anda.
Nota: Sesetengah TV Pintar dan peranti penstriman tidak menyokong pembelian dalam app Apple TV. Gunakan Akaun Apple anda untuk membeli, menyewa atau melanggan dalam app Apple TV pada peranti Apple atau peranti penstriman disokong lain, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada TV anda untuk menonton.
Lakukan mana-mana yang berikut, bergantung pada model TV Pintar anda:
Samsung: Pilih ikon App pada skrin utama.
LG: Pilih ikon Cari atau ikon App pada skrin utama.
Sony: Untuk model 2020, 2019 dan 2018, pastikan perisian TV anda telah dikemas kini. Lihat sokongan Sony.
Untuk 2021 atau model lebih baharu, ikuti arahan di bawah untuk Android TV atau Google TV.
Panasonic: Pilih app Apple TV+ pada halaman senarai app, kemudian pergi ke langkah 4 dalam tugas ini.
VIZIO: Pergi ke langkah 4 dalam tugas ini.
HiSense: Jika anda mempunyai HiSense Roku TV, ikuti arahan dalam tugas Roku di bawah.
Jika anda mempunyai HiSense Android TV, ikuti arahan dalam tugas Android TV di bawah.
VIDAA: Pilih App Saya di skrin utama, kemudian pilih App Store.
Layari atau cari “Apple TV”.
Ikuti arahan atas skrin untuk memuat turun app Apple TV atau app Apple TV+ (yang mana-mana tersedia untuk TV Pintar anda).
Pada skrin utama atau pelancar app TV Pintar anda, pilih app Apple TV atau Apple TV+ untuk membukanya, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya di tapak web Akaun Apple. Anda hanya memerlukan satu Akaun Apple untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Akaun Apple.
Roku
Pada skrin utama Roku anda, pilih Search Channels.
Cari “Apple TV”.
Ikuti arahan atas skrin untuk menambah saluran, kemudian pilih app Apple TV .
Apabila ditambah, app Apple TV kelihatan dalam bahagian saluran skrin utama.
Pilih app Apple TV untuk membukanya, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya di tapak web Akaun Apple. Anda hanya memerlukan satu Akaun Apple untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Akaun Apple.
Secara pilihan, anda boleh pergi ke App Apple TV di Roku Channel Store, pilih Add Channel, kemudian ikuti arahan untuk mendaftar masuk dengan Akaun Roku anda.
Fire TV
Jika Amazon Fire TV anda tidak menyokong pembelian dalam app Apple TV, anda masih boleh mendaftar masuk ke Akaun Apple anda untuk mencari semua yang anda telah beli, sewa atau langgan menggunakan Akaun Apple yang sama pada peranti lain.
Pada skrin utama Amazon Fire TV anda, pilih Search.
Cari “Apple TV” atau gunakan Alexa dan sebut “Apple TV app” sebagai pertanyaan carian anda.
Pilih app Apple TV dalam Apps & Games, kemudian pilih Get.
Apabila dimuat turun, app Apple TV kelihatan dalam bahagian Apps & Channels skrin utama.
Pilih app Apple TV untuk membukanya, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya di tapak web Akaun Apple. Anda hanya memerlukan satu Akaun Apple untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Akaun Apple.
Secara pilihan, anda boleh pergi ke App Apple TV di Amazon.com dan daftar masuk ke akaun anda, ikuti arahan atas skrin untuk memilih peranti Amazon Fire TV yang anda mahu pasang app, kemudian pilih Deliver.
Android TV
Android TV tidak menyokong pembelian dalam app Apple TV, tetapi apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple, anda boleh mencari semua yang anda telah beli, sewa atau langgan menggunakan Akaun Apple yang sama pada peranti lain.
Pada skrin utama Android TV, pilih Search, kemudian cari “Apple TV”.
Ikut arahan atas skrin untuk memuat turun dan memasang app Apple TV .
Selepas dipasang, anda boleh mencari app Apple TV dalam tab Apps, atau anda boleh menambahnya ke Favorites anda pada skrin utama.
Pilih app Apple TV untuk membukanya, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya di tapak web Akaun Apple. Anda hanya memerlukan satu Akaun Apple untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Akaun Apple.
Google TV
Google TV tidak menyokong pembelian dalam app Apple TV, tetapi apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple, anda boleh mencari semua yang anda telah beli, sewa atau langgan menggunakan Akaun Apple yang sama pada peranti lain.
Pada skrin utama Google TV, lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih Search, kemudian cari “Apple TV”.
Pilih Apps, kemudian pilih “Search for apps” dan cari “Apple TV”.
Ikut arahan atas skrin untuk memuat turun dan memasang app Apple TV .
Selepas ia dipasang, anda boleh mencari app Apple TV di bahagian “Your apps” daripada skrin “For you”.
Pilih Open, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda jika digesa.
Nota: Jika anda belum mempunyai Akaun Apple, anda boleh menciptanya di tapak web Akaun Apple. Anda hanya memerlukan satu Akaun Apple untuk menggunakan perkhidmatan app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ Akaun Apple.
Mula menggunakan app Apple TV
Jika anda mempunyai app Apple TV , buka bar sisi, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:
Cari: Cari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Laman Utama: Mula menonton filem, rancangan TV dan sukan di satu tempat. Gunakan baris Teruskan Menonton untuk mencari item yang anda telah tambahkan ke Senarai Tontonan anda atau kandungan yang anda telah mula tonton tetapi belum dihabiskan.
Apple TV+: Layari dan tonton Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi. Di sesetengah negara dan rantau, Friday Night Baseball juga disertakan dengan langganan.
MLS: Langgan untuk menonton setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, Audi MLS Cup Playoffs dan Leagues Cup, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Kedai: Gunakan destinasi semua dalam satu ini untuk melayari, membeli dan menyewa filem dan rancangan TV terbaik di dunia.
Pustaka: Cari pembelian dan sewaan anda yang disusun mengikut kategori.
Saluran: Pilih saluran yang anda langgan baru-baru ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Mula menggunakan app Apple TV+
Jika anda mempunyai app Apple TV+ , buka bar sisi, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:
Cari: Cari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
Apple TV+: Layari dan tonton Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi. Di sesetengah negara dan rantau, Friday Night Baseball juga disertakan dengan langganan.
MLS: Langgan untuk menonton setiap perlawanan untuk musim Major League Soccer, Audi MLS Cup Playoffs dan Leagues Cup, semuanya di satu tempat, dengan masa perlawanan yang konsisten dan tanpa terputus hubungan.
Nota: App Apple TV+ terhad kepada filem dan rancangan TV Apple TV+ serta tidak termasuk saluran Apple TV atau ciri lain yang ditemui dalam app Apple TV pada peranti lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang anda boleh lakukan dalam app Apple TV+, lihat Panduan Pengguna App Apple TV untuk TV dan Peranti Lain.
Tidak mempunyai peranti penstriman atau TV Pintar yang disokong?
Apple TV+ kini percuma untuk tiga bulan apabila anda membeli Apple TV 4K. Atau anda boleh menonton Apple TV+ sekarang pada pelayar web anda di tv.apple.com/my.