Tonton Apple TV+ dalam app Apple TV pada Windows
Apple TV+ dalam app Apple TV memberikan anda akses mudah kepada Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem yang memenangi anugerah, siri, drama yang mendebarkan, dokumentari yang menarik, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi—dengan item baharu ditambah setiap bulan.
Nota: Apple TV+ memerlukan langganan.
Layari Apple TV+
Pergi ke app Apple TV pada peranti Windows anda.
Skrol ke bawah untuk melayari filem, rancangan TV dan koleksi yang ditampilkan.
Untuk melihat lebih banyak item dalam baris kategori, navigasi ke kiri atau ke kanan dalam baris. Untuk melihat semua item dalam kategori, pilih nama kategori.
Pilih filem atau rancangan TV untuk ditonton pada Apple TV+
Apabila anda memilih item, penilaian, perihalan dan maklumat tontonan item ditunjukkan.
Pergi ke app Apple TV pada peranti Windows anda.
Pilih filem atau rancangan TV untuk melihat maklumat lanjut.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan item: Jika item telah tersedia untuk tontonan anda, pilih butang main untuk mula menontonnya serta-merta.
Langgan Apple TV+: Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Tambah item ke Senarai Tontonan anda: Jika anda mahu menonton item kemudian, pilih Tambah ke Senarai Tontonan. Untuk mengeluarkan item daripada Senarai Tontonan anda, pilih Dalam Senarai Tontonan. Item yang ditambah ke Senarai Tontonan anda kelihatan dalam baris Teruskan Menonton dan Senarai Tontonan.
Untuk melihat maklumat lanjut tentang item yang anda tonton, skrol ke bawah ke baris atau item, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Layari musim dan episod (rancangan TV sahaja): Pilih episod, atau navigasi ke kiri atau ke kanan dalam baris untuk melihat lebih banyak episod yang disusun mengikut musim.
Layari item berkaitan: Navigasi ke kiri atau kanan dalam baris Berkaitan, kemudian pilih item untuk melihat lebih banyak maklumat.
Terokai pelakon dan kru: Navigasi ke kiri atau kanan dalam baris Pelakon & Kru, kemudian pilih orang untuk melihat maklumat biografi serta filem dan rancangan TV berkaitan.
Dapatkan butiran tambahan: Skrol ke bahagian bawah untuk melihat penilaian, perihalan dan maklumat lain.
Apabila anda selesai, pilih di bahagian atas bar sisi untuk kembali ke Apple TV+.
Nota: Ketersediaan Apple TV+ mungkin berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.