
Tonton Apple TV+ dalam app Apple TV pada Windows
Apple TV+ dalam app Apple TV memberikan anda akses mudah kepada Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem yang memenangi anugerah, siri, drama yang mendebarkan, dokumentari yang menarik, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi.

Nota: Apple TV+ memerlukan langganan.
Mainkan rancangan atau filem Apple TV+
Pergi ke app Apple TV
pada peranti Windows anda.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Layari item yang ditampilkan di bahagian atas tetingkap app, kemudian pilih butang main (jika tersedia).
Pilih item dalam baris Teruskan Menonton untuk meneruskan di tempat anda berhenti secara serta-merta.
Nota: Baris Teruskan Menonton dalam Apple TV+ memaparkan filem dan rancangan TV daripada Apple TV+ sahaja.
Skrol ke bawah untuk melihat lebih banyak baris, kemudian pilih item yang anda mahu tonton. Apabila halaman untuk item tersebut terbuka, pilih butang main (jika tersedia) atau pilih episod atau treler khusus yang anda mahu tonton.
Jika anda tidak melihat butang main, anda mungkin perlu melanggan Apple TV+ untuk menontonnya. Jika item tersebut belum dikeluarkan, anda boleh menambahnya ke Senarai Tontonan untuk ditonton kemudian.
Layari Apple TV+
Pergi ke app Apple TV
pada peranti Windows anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Layari item ditampilkan di bahagian atas tetingkap app dengan memilih
untuk maju menerusi item.
Skrol ke bawah untuk melihat carta teratas, keluaran baharu, koleksi diurus dan pengesyoran diperibadikan.
Petua: Pilih tajuk baris untuk melihat semua item dalam kategori atau mendapatkan maklumat lanjut tentang koleksi.
Lihat maklumat lanjut tentang rancangan atau filem Apple TV+
Apabila anda memilih item, penilaian, perihalan dan maklumat tontonan item ditunjukkan.

Pergi ke app Apple TV
pada peranti Windows anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Layari item yang ditampilkan di bahagian atas tetingkap app, kemudian pilih satu untuk melihat maklumat tontonan.
Skrol ke bawah untuk melihat lebih banyak baris, kemudian pilih filem atau rancangan TV untuk melihat maklumat lanjut.
Apabila halaman untuk rancangan TV, filem atau acara sukan dibuka, anda boleh memainkan item (jika tersedia), menambahnya ke Senarai Tontonan anda, atau menskrol ke bawah untuk melihat episod khusus, treler, item berkaitan dan butiran tambahan.
Apabila anda selesai, pilih
di bahagian atas bar sisi untuk kembali ke Apple TV+.
Nota: Ketersediaan Apple TV+ mungkin berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.